Friday, January 16, 2009

Pembangkang Hilang Waras Berkempen Di Kuala Terengganu

Menjelang hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, parti-parti bertanding mempergiatkan kempen mereka. Jika UMNO memilih untuk mengambul pendekatan turun menemui pengundi rumah ke rumah, Pas pula sebaliknya lebih menumpukan kempen secara berceramah. Pendekatan yang begitu sinonim buat pembangkang khususnya Pas.

Difahamkan tiga hari terakhir sebelum pengundian, Pas termasuk rakan pakatan mereka DAP dan PKR akan membawa pemimpin-pemimpin besar mereka untuk berkampung dan seterusnya berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pastinya, kempen akan menjadi semakin panas dan agresif dengan pelbagai isu yang kononnya akan diketengahkan pemimpin-pemimpin besar parti terbabit.

Namun setelah lebih seminggu berkempen pembangkang jelas kemuflisan isu baik isu tempatan mahupun nasional. Malah ada isu dan kempen dibawa bukan sahaja remeh tetapi tidak berpijak di bumi nyata.

Sebagai contoh ialah apabila konflik di Gaza, Palestin dijadikan modal oleh pembangkang seperti Pas dan PKR.

Pembangkang menyamakan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat seperti perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Israel.

Malah lebih tidak waras lagi apabila menyamakan Pas seperti Hamas, manakala UMNO seperti Fatah-PLO.

Mereka yang kritikal dan waras melihat perbandingan yang dibuat itu sebagai keterlaluan.
Rakyat Palestin ditindas, dibunuh secara kejam, diusir dan dizalimi dengan pelbagai bentuk kezaliman di luar batas kemanusiaan oleh Zionis Israel semata-mata untuk memenuhi agenda jahatnya merampas bumi Palestin.

Rakyat khususnya pengundi sudah pasti bukanlah sebodoh yang disangka terutama untuk menilai apa yang dilakukan UMNO selama ini terhadap rakyat di negara ini.

Adakah UMNO khususnya kerajaan BN menjalankan pembunuhan dan pengusiran secara beramai-ramai ke atas rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku ialah rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan parti yang mereka sokong menikmati hak yang sama seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat sudah pasti bertanya kepada parti pembangkang, adakah kerajaan BN bertindak menggulingkan secara tidak demokratik kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang ditadbirnya seperti cubaan Fatah di Palestin bersekongkol dengan AS dan Israel untuk menggulingkan kerajaan Hamas di Gaza melalui pertumpahan berdarah pada Jun 2006.

Di Palestin, kumpulan Fatah yang membentuk kerajaan di Tebing Barat dan diakui sebagai kerajaan sah oleh AS bertindak menangkap, membunuh dan memenjarakan sesiapa saja yang disyaki penyokong Hamas.

Malah, mereka memusnahkan segala bentuk institusi pendidikan dan kedai milik Hamas.
Fatah mengisytiharkan Gaza sebagai wilayah pengganas semata-mata kerana ia ditadbir oleh kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat secara demokratik.

Adakah perkara sama dibuat oleh kerajaan BN ke atas kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah?
Satu lagi contoh terbaik untuk dinilai rakyat ialah bagaimana kerajaan Pas di Kelantan meraih kemenangan lima penggal berturut-turut sejak 1990 melalui pilihan raya bersifat demokratik yang diamalkan di negara ini.

Berapa ramai rakyat Kelantan yang diusir, dinafikan hak tanah tempat mereka tinggal, dibunuh, ditembak dan dibom oleh kerajaan BN.

Jelas kempen pembangkang khususnya Pas bukan sahaja lesu tidak bermaya tetapi banyak yang kurang waras.

Dan ini menggambarkan Pas cukup terdesak sehingga gagal mengawal pemikiran daripada terus berfikiran waras untuk berkempen.

Tuesday, January 13, 2009

Mimpi Indah 16 Sep- Mat Lebong


Jauhi Diri Anda Dari Mat Lebong


`Kerja Sial' Sesiapa Yang Hendak Melaga-lagakan DAP dan PAS - Anwar

"Langkah mayat saya dahulu jika Pas mahu melaksanakan hukum hudud" kata Pengerusi DAP Karpal Singh mengulas rancangan Pas yang mahu melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara ini.

"Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan" kata Husam Musa dalam satu forum di hadapan 3,000 penyokong Pas di Kota Bharu baru-baru ini.

Kenyataan kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak diputar belit oleh media atau mana-mana pihak malah kedua-dua pemimpin pembangkang ini tetap dengan pendirian masing-masing.

Jadi siapa yang hendak melaga-lagakan Pas dan DAP seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuat `kerja sial' ketika berceramah di Kampung Tanjung tepi muara Kuala Terengganu semalam.

Siapa yang sebenarnya buat `kerja sial' apabila di sebelah siang berceramah di hadapan orang Cina dan India mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu tetapi apabila malam berceramah di hadapan orang Melayu mencerca orang Cina dan India sebagai kaum yang diberi `betis hendakkan peha'?

Rakyat masih ingat semasa di dalam UMNO, Anwar paling lantang mengkritik Pas kerana mahu melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah negara malah menyelar pemimpin Pas seperti Hadi Awang dan Nik Aziz sebagai memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan peribadi.

Rakyat juga masih ingat semasa di dalam UMNO, Anwarlah yang menjadi hero membelasah pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang tetapi apabila membentuk pakatan pembangkang, tiba-tiba Anwar menjadi hero kesayangan Pas dan DAP.

Pas boleh mengenepikan matlamat mahu menubuhkan negara Islam kerana DAP tidak bersetuju. Itulah politik. Hari ini musuh tetapi esok menjadi kawan.

Siapa sangka Pas boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak Islam tetapi hari ini bendera Pas dan DAP boleh digantung dan berkibar bersama di Kuala Terengganu.

Awasi Kemunculan Mat Lebong


Friday, January 2, 2009

Mungkinkah Hudud akan kembali bergema di bumi Terengganu?


0leh: sahabat-gunung

Benarkah dakwaan kawan-kawan lain Hudud PAS sekadar hudud politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Jan ini. Banyak pihak yakin bahawa PAS akan kembali dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud sebagai 'modal' kempen mereka nanti.

Isu lapuk ini pernah mereka gunakan dalam kempen PRU 10 yang menyaksikan Rakyat Terengganu terpengaruh dengan kempen ini, yang akhirnya menyebabkan BN hilang Terenggau. Namun apabila memegang pentadbiran Terengganu, mereka hanya berjaya bercakap, bukan melaksanakannya.

Nampaknya, halangan untuk melaksanakan sistem ini semakin kuat buat PAS terutama sejak mereka menjerumuskan diri dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP (yang terang-terangan membantah Hudud) lebih mendominasi pakatan ini. Tinggallah PAS menjadi Boneka dan Pak Turut.

Dalam kempen PRU-12 yang lalu pun, PAS lebih bersikap 'letak tepi dahulu' dengan matlamat mereka ini. Kononnya ingin menarik lebih ramai pengundi.

Di mana akhirnya sandiwara hudud PAS nie? Berkumandang semulakah isu hudud ini di Kuala Terengganu? Calon dah diumum, jentera PAS mula membanjiri Kuala Terengganu. Bendera Hijau Putih sudah mula berkibar mega di dahan-dahan pokok sedangkan masa berkempen pun belum bermula pun lagi.

WAHID ENDUT PILIHAN PAS

Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam menjadi taruhan Pas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, sekaligus melenyapkan teka-teki yang bermain sejak kebelakangan ini... Khususnya buat pengundi di sini.

Wahid Endut, walaupun bukan calang-calang orang di Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya Umum yang lalu, Wahid menewaskan calon BN, Othman Awang dengan kelebihan 2,193 undi. Mungkin disebabkan kelebihan ini, beliau menjadi taruhan PAS.

PAS mengambil kesempatan dengan kedudukan Wahid di Kuala Terengganu sebagai ADUN, selain daripada kelebihannya sebagai anak tempatan yang berpengaruh di Wakaf Mempelam, selain daripada pengalamannya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS

Biarkan...biarkan, biarlah siapa sahaja calon mereka, kita harus bekerja kuat bukan utk Wan Farid, bukan utk Pak Lah, bukan untuk Najib... Tapi perjuangan kita adalah meneruskan survival perjuangan UMNO yang Bersatu-Bersetia dan Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Kita meletakkan tanggungjawab kepada Wan Farid untuk menjadi mata dan telinga kepada penduduk Kuala Terengganu, beliau adalah calon kita yang harus kita dokong dan bantu di sepanjang kempen pilihan raya ini.

Janganlah kita khianati calon kita, jangan kita persendakan dan kita tikam Wan Farid dari belakang... Ketepikan soal peribadi, utamakan kepentingan parti terutamanya dalam keadaan politik UMNO dan BN hari ini.

Selamat berjuang untuk semua.

GELANGGANG BELUM DIBUKA: WAN FARID SUDAH DIFITNAH

Dari blog: Sahabat-Gunung

Wan Farid kaki perempuan. Menyesal aku sokong Wan Farid. Menyesal aku datang ke Kuala Terengganu.

Tak percaya Wan Farid kaki betina, tengok gambar ini. Ini sudah membuktikan betapa ‘berahi’nya dan bernafsunya Wan Farid berkaraoke bersama perempuan ini. Tengoklah, kalau tak percaya....

Tapi inilah lumrah manusia, kata pun nak ‘Membangun Bersama Islam’, ….niat jahat dan PHD :Perasaan Hasad Dengki masih menebal dalam diri kita. Perasaan tak puas hati terhadap satu sama lain, masih tidak mampu kita buangkan jauh dalam diri kita. Wan Farid baru sahaja diumum sebagai calon BN dalam PRK Kuala Terengganu, aku pun dengan semangat berkobar-kobar dah jauh memandu sejauh 430km dari Kota Damansara untuk menyumbangkan tenaga membantu calon BN dalam pilihan raya ini.

Tup-tup, keluar plak pic ini yang terbukti terselit niat jahat dan berprasangka buruk yang bertujuan jahat untuk menjatuhkan dan membuang rasa hormat pengundi terhadap Wan Farid… Seterusnya pasti tidak mengundi Wan Farid dalam Pilihan Raya Kecil nanti.

Siapa wanita tersebut…. Adakah Wan Farid curang. Hakikatnya suasana mendung dan human yang agak lebat di Kuala Terengganu ini tidak mendingin pejuang-pejuang dan musuh-musuh BN dari dalam mahupun luar untuk menabur fitnah dan dakyah palsu untuk memburuk-burukkan calon BN dan UMNO khususnya.

Hakikatnya, aktiviti keluarga yang hakikatnya baik untuk dicontohi bersama menjadi ‘alat’ kepada sestina pihak untuk memburuk-burukkan seseorang, khususnya dalam suasana hangat pilihan raya ini.

Inilah sebenarnya. Nilailah sendiri siapa Wan Farid dan siapa yang JAHAT sebenarnya. Nilailah sendiri, siapa yang jahat sebenarnya?

Wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu malah bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.

"Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri. Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya,".