Friday, January 2, 2009

Mungkinkah Hudud akan kembali bergema di bumi Terengganu?


0leh: sahabat-gunung

Benarkah dakwaan kawan-kawan lain Hudud PAS sekadar hudud politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Jan ini. Banyak pihak yakin bahawa PAS akan kembali dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud sebagai 'modal' kempen mereka nanti.

Isu lapuk ini pernah mereka gunakan dalam kempen PRU 10 yang menyaksikan Rakyat Terengganu terpengaruh dengan kempen ini, yang akhirnya menyebabkan BN hilang Terenggau. Namun apabila memegang pentadbiran Terengganu, mereka hanya berjaya bercakap, bukan melaksanakannya.

Nampaknya, halangan untuk melaksanakan sistem ini semakin kuat buat PAS terutama sejak mereka menjerumuskan diri dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP (yang terang-terangan membantah Hudud) lebih mendominasi pakatan ini. Tinggallah PAS menjadi Boneka dan Pak Turut.

Dalam kempen PRU-12 yang lalu pun, PAS lebih bersikap 'letak tepi dahulu' dengan matlamat mereka ini. Kononnya ingin menarik lebih ramai pengundi.

Di mana akhirnya sandiwara hudud PAS nie? Berkumandang semulakah isu hudud ini di Kuala Terengganu? Calon dah diumum, jentera PAS mula membanjiri Kuala Terengganu. Bendera Hijau Putih sudah mula berkibar mega di dahan-dahan pokok sedangkan masa berkempen pun belum bermula pun lagi.

3 comments:

  1. Apa komen saudara ttg hudud PAS? Bagaimana pula perancangan BN untuk hukum Hudud? Sama ada bersetuju @ tak? Atau BN pun ada niat nak laksanakan hudud? Atau hudud memang tak sesuai di laksanakan di Malaysia?

    ReplyDelete
  2. If law hudud is good then why not..Syariah in place, it's not harming any malaysian..UMNO/BN try to blind us..

    ReplyDelete
  3. kelantan ada usulkan Undg2 Jenayah Syariah tahun 1993, dan Terengganu Undg2 Hudud dan Qisas pada tahun 2001 kot klaw x silap.. ianya x boleh dilaksankan sbb brcanggah dgn Perlembagaan Persekutuan yg x boleh melebihi 3 tahun pnjara, RM5000 dan 6 sebatan..
    Perlembagaan Persekutuan diketuai oleh kerajaan Pusat, so, kerajaan Pusat lah yg salah.. kerana tidak membenarkan..
    malah, ditolak bulat2 oleh pemimpin BN

    ReplyDelete