Friday, January 2, 2009

WAHID ENDUT PILIHAN PAS

Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam menjadi taruhan Pas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, sekaligus melenyapkan teka-teki yang bermain sejak kebelakangan ini... Khususnya buat pengundi di sini.

Wahid Endut, walaupun bukan calang-calang orang di Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya Umum yang lalu, Wahid menewaskan calon BN, Othman Awang dengan kelebihan 2,193 undi. Mungkin disebabkan kelebihan ini, beliau menjadi taruhan PAS.

PAS mengambil kesempatan dengan kedudukan Wahid di Kuala Terengganu sebagai ADUN, selain daripada kelebihannya sebagai anak tempatan yang berpengaruh di Wakaf Mempelam, selain daripada pengalamannya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS

Biarkan...biarkan, biarlah siapa sahaja calon mereka, kita harus bekerja kuat bukan utk Wan Farid, bukan utk Pak Lah, bukan untuk Najib... Tapi perjuangan kita adalah meneruskan survival perjuangan UMNO yang Bersatu-Bersetia dan Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Kita meletakkan tanggungjawab kepada Wan Farid untuk menjadi mata dan telinga kepada penduduk Kuala Terengganu, beliau adalah calon kita yang harus kita dokong dan bantu di sepanjang kempen pilihan raya ini.

Janganlah kita khianati calon kita, jangan kita persendakan dan kita tikam Wan Farid dari belakang... Ketepikan soal peribadi, utamakan kepentingan parti terutamanya dalam keadaan politik UMNO dan BN hari ini.

Selamat berjuang untuk semua.

No comments:

Post a Comment