Menjelang hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, parti-parti bertanding mempergiatkan kempen mereka. Jika UMNO memilih untuk mengambul pendekatan turun menemui pengundi rumah ke rumah, Pas pula sebaliknya lebih menumpukan kempen secara berceramah. Pendekatan yang begitu sinonim buat pembangkang khususnya Pas.
Difahamkan tiga hari terakhir sebelum pengundian, Pas termasuk rakan pakatan mereka DAP dan PKR akan membawa pemimpin-pemimpin besar mereka untuk berkampung dan seterusnya berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka, Mohd Abdul Wahid Endut.
Pastinya, kempen akan menjadi semakin panas dan agresif dengan pelbagai isu yang kononnya akan diketengahkan pemimpin-pemimpin besar parti terbabit.
Namun setelah lebih seminggu berkempen pembangkang jelas kemuflisan isu baik isu tempatan mahupun nasional. Malah ada isu dan kempen dibawa bukan sahaja remeh tetapi tidak berpijak di bumi nyata.
Sebagai contoh ialah apabila konflik di Gaza, Palestin dijadikan modal oleh pembangkang seperti Pas dan PKR.
Pembangkang menyamakan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat seperti perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Israel.
Malah lebih tidak waras lagi apabila menyamakan Pas seperti Hamas, manakala UMNO seperti Fatah-PLO.
Mereka yang kritikal dan waras melihat perbandingan yang dibuat itu sebagai keterlaluan.
Rakyat Palestin ditindas, dibunuh secara kejam, diusir dan dizalimi dengan pelbagai bentuk kezaliman di luar batas kemanusiaan oleh Zionis Israel semata-mata untuk memenuhi agenda jahatnya merampas bumi Palestin.
Rakyat khususnya pengundi sudah pasti bukanlah sebodoh yang disangka terutama untuk menilai apa yang dilakukan UMNO selama ini terhadap rakyat di negara ini.
Adakah UMNO khususnya kerajaan BN menjalankan pembunuhan dan pengusiran secara beramai-ramai ke atas rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku ialah rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan parti yang mereka sokong menikmati hak yang sama seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Rakyat sudah pasti bertanya kepada parti pembangkang, adakah kerajaan BN bertindak menggulingkan secara tidak demokratik kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang ditadbirnya seperti cubaan Fatah di Palestin bersekongkol dengan AS dan Israel untuk menggulingkan kerajaan Hamas di Gaza melalui pertumpahan berdarah pada Jun 2006.
Di Palestin, kumpulan Fatah yang membentuk kerajaan di Tebing Barat dan diakui sebagai kerajaan sah oleh AS bertindak menangkap, membunuh dan memenjarakan sesiapa saja yang disyaki penyokong Hamas.
Malah, mereka memusnahkan segala bentuk institusi pendidikan dan kedai milik Hamas.
Fatah mengisytiharkan Gaza sebagai wilayah pengganas semata-mata kerana ia ditadbir oleh kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat secara demokratik.
Adakah perkara sama dibuat oleh kerajaan BN ke atas kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah?
Satu lagi contoh terbaik untuk dinilai rakyat ialah bagaimana kerajaan Pas di Kelantan meraih kemenangan lima penggal berturut-turut sejak 1990 melalui pilihan raya bersifat demokratik yang diamalkan di negara ini.
Berapa ramai rakyat Kelantan yang diusir, dinafikan hak tanah tempat mereka tinggal, dibunuh, ditembak dan dibom oleh kerajaan BN.
Jelas kempen pembangkang khususnya Pas bukan sahaja lesu tidak bermaya tetapi banyak yang kurang waras.
Dan ini menggambarkan Pas cukup terdesak sehingga gagal mengawal pemikiran daripada terus berfikiran waras untuk berkempen.
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah atas kekuatan KElentong dari semua PErkhidmatan Media
ReplyDeletebagus pendapat tuan editor...TAPI PAS DAH MENANG DI KT...APA DAH JADI???
ReplyDeleteUMNO adalah parti orang melayu yang PALING WARAS!!!...betulke??? siapa boleh bagi jawapan???
ReplyDeleteTak kan dah tidur kot PEMUDA UMNO, teruslah berjuang, ini waktu nak bertanding je cakap bergegar tapi bila dah tahu nak kalah semua balik masuk kelambu. Tunjukkan lah kejantan PEMUDA, jangan lah jadi macam ketua korang memang dah nampak pondannya. Hingga ari ni asyik ambil jalan selamat je. Kita buang je pemimpin macam ni, tak terbela nasib jika, dia asyik nak selamat diri je. Fikir lah kawan2 pemuda,jangan kita menangkan Ketua Pemuda penakut ini dalam pemilihan nanti.
ReplyDeleteBerkempen cara elok :-)
ReplyDeleteJom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com