Friday, January 16, 2009

Pembangkang Hilang Waras Berkempen Di Kuala Terengganu

Menjelang hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, parti-parti bertanding mempergiatkan kempen mereka. Jika UMNO memilih untuk mengambul pendekatan turun menemui pengundi rumah ke rumah, Pas pula sebaliknya lebih menumpukan kempen secara berceramah. Pendekatan yang begitu sinonim buat pembangkang khususnya Pas.

Difahamkan tiga hari terakhir sebelum pengundian, Pas termasuk rakan pakatan mereka DAP dan PKR akan membawa pemimpin-pemimpin besar mereka untuk berkampung dan seterusnya berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pastinya, kempen akan menjadi semakin panas dan agresif dengan pelbagai isu yang kononnya akan diketengahkan pemimpin-pemimpin besar parti terbabit.

Namun setelah lebih seminggu berkempen pembangkang jelas kemuflisan isu baik isu tempatan mahupun nasional. Malah ada isu dan kempen dibawa bukan sahaja remeh tetapi tidak berpijak di bumi nyata.

Sebagai contoh ialah apabila konflik di Gaza, Palestin dijadikan modal oleh pembangkang seperti Pas dan PKR.

Pembangkang menyamakan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat seperti perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Israel.

Malah lebih tidak waras lagi apabila menyamakan Pas seperti Hamas, manakala UMNO seperti Fatah-PLO.

Mereka yang kritikal dan waras melihat perbandingan yang dibuat itu sebagai keterlaluan.
Rakyat Palestin ditindas, dibunuh secara kejam, diusir dan dizalimi dengan pelbagai bentuk kezaliman di luar batas kemanusiaan oleh Zionis Israel semata-mata untuk memenuhi agenda jahatnya merampas bumi Palestin.

Rakyat khususnya pengundi sudah pasti bukanlah sebodoh yang disangka terutama untuk menilai apa yang dilakukan UMNO selama ini terhadap rakyat di negara ini.

Adakah UMNO khususnya kerajaan BN menjalankan pembunuhan dan pengusiran secara beramai-ramai ke atas rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku ialah rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan parti yang mereka sokong menikmati hak yang sama seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat sudah pasti bertanya kepada parti pembangkang, adakah kerajaan BN bertindak menggulingkan secara tidak demokratik kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang ditadbirnya seperti cubaan Fatah di Palestin bersekongkol dengan AS dan Israel untuk menggulingkan kerajaan Hamas di Gaza melalui pertumpahan berdarah pada Jun 2006.

Di Palestin, kumpulan Fatah yang membentuk kerajaan di Tebing Barat dan diakui sebagai kerajaan sah oleh AS bertindak menangkap, membunuh dan memenjarakan sesiapa saja yang disyaki penyokong Hamas.

Malah, mereka memusnahkan segala bentuk institusi pendidikan dan kedai milik Hamas.
Fatah mengisytiharkan Gaza sebagai wilayah pengganas semata-mata kerana ia ditadbir oleh kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat secara demokratik.

Adakah perkara sama dibuat oleh kerajaan BN ke atas kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah?
Satu lagi contoh terbaik untuk dinilai rakyat ialah bagaimana kerajaan Pas di Kelantan meraih kemenangan lima penggal berturut-turut sejak 1990 melalui pilihan raya bersifat demokratik yang diamalkan di negara ini.

Berapa ramai rakyat Kelantan yang diusir, dinafikan hak tanah tempat mereka tinggal, dibunuh, ditembak dan dibom oleh kerajaan BN.

Jelas kempen pembangkang khususnya Pas bukan sahaja lesu tidak bermaya tetapi banyak yang kurang waras.

Dan ini menggambarkan Pas cukup terdesak sehingga gagal mengawal pemikiran daripada terus berfikiran waras untuk berkempen.

Tuesday, January 13, 2009

Mimpi Indah 16 Sep- Mat Lebong


Jauhi Diri Anda Dari Mat Lebong


`Kerja Sial' Sesiapa Yang Hendak Melaga-lagakan DAP dan PAS - Anwar

"Langkah mayat saya dahulu jika Pas mahu melaksanakan hukum hudud" kata Pengerusi DAP Karpal Singh mengulas rancangan Pas yang mahu melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara ini.

"Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan" kata Husam Musa dalam satu forum di hadapan 3,000 penyokong Pas di Kota Bharu baru-baru ini.

Kenyataan kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak diputar belit oleh media atau mana-mana pihak malah kedua-dua pemimpin pembangkang ini tetap dengan pendirian masing-masing.

Jadi siapa yang hendak melaga-lagakan Pas dan DAP seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuat `kerja sial' ketika berceramah di Kampung Tanjung tepi muara Kuala Terengganu semalam.

Siapa yang sebenarnya buat `kerja sial' apabila di sebelah siang berceramah di hadapan orang Cina dan India mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu tetapi apabila malam berceramah di hadapan orang Melayu mencerca orang Cina dan India sebagai kaum yang diberi `betis hendakkan peha'?

Rakyat masih ingat semasa di dalam UMNO, Anwar paling lantang mengkritik Pas kerana mahu melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah negara malah menyelar pemimpin Pas seperti Hadi Awang dan Nik Aziz sebagai memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan peribadi.

Rakyat juga masih ingat semasa di dalam UMNO, Anwarlah yang menjadi hero membelasah pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang tetapi apabila membentuk pakatan pembangkang, tiba-tiba Anwar menjadi hero kesayangan Pas dan DAP.

Pas boleh mengenepikan matlamat mahu menubuhkan negara Islam kerana DAP tidak bersetuju. Itulah politik. Hari ini musuh tetapi esok menjadi kawan.

Siapa sangka Pas boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak Islam tetapi hari ini bendera Pas dan DAP boleh digantung dan berkibar bersama di Kuala Terengganu.

Awasi Kemunculan Mat Lebong


Friday, January 2, 2009

Mungkinkah Hudud akan kembali bergema di bumi Terengganu?


0leh: sahabat-gunung

Benarkah dakwaan kawan-kawan lain Hudud PAS sekadar hudud politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Jan ini. Banyak pihak yakin bahawa PAS akan kembali dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud sebagai 'modal' kempen mereka nanti.

Isu lapuk ini pernah mereka gunakan dalam kempen PRU 10 yang menyaksikan Rakyat Terengganu terpengaruh dengan kempen ini, yang akhirnya menyebabkan BN hilang Terenggau. Namun apabila memegang pentadbiran Terengganu, mereka hanya berjaya bercakap, bukan melaksanakannya.

Nampaknya, halangan untuk melaksanakan sistem ini semakin kuat buat PAS terutama sejak mereka menjerumuskan diri dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP (yang terang-terangan membantah Hudud) lebih mendominasi pakatan ini. Tinggallah PAS menjadi Boneka dan Pak Turut.

Dalam kempen PRU-12 yang lalu pun, PAS lebih bersikap 'letak tepi dahulu' dengan matlamat mereka ini. Kononnya ingin menarik lebih ramai pengundi.

Di mana akhirnya sandiwara hudud PAS nie? Berkumandang semulakah isu hudud ini di Kuala Terengganu? Calon dah diumum, jentera PAS mula membanjiri Kuala Terengganu. Bendera Hijau Putih sudah mula berkibar mega di dahan-dahan pokok sedangkan masa berkempen pun belum bermula pun lagi.

WAHID ENDUT PILIHAN PAS

Wahid Endut, ADUN Wakaf Mempelam menjadi taruhan Pas pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, sekaligus melenyapkan teka-teki yang bermain sejak kebelakangan ini... Khususnya buat pengundi di sini.

Wahid Endut, walaupun bukan calang-calang orang di Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya Umum yang lalu, Wahid menewaskan calon BN, Othman Awang dengan kelebihan 2,193 undi. Mungkin disebabkan kelebihan ini, beliau menjadi taruhan PAS.

PAS mengambil kesempatan dengan kedudukan Wahid di Kuala Terengganu sebagai ADUN, selain daripada kelebihannya sebagai anak tempatan yang berpengaruh di Wakaf Mempelam, selain daripada pengalamannya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS

Biarkan...biarkan, biarlah siapa sahaja calon mereka, kita harus bekerja kuat bukan utk Wan Farid, bukan utk Pak Lah, bukan untuk Najib... Tapi perjuangan kita adalah meneruskan survival perjuangan UMNO yang Bersatu-Bersetia dan Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Kita meletakkan tanggungjawab kepada Wan Farid untuk menjadi mata dan telinga kepada penduduk Kuala Terengganu, beliau adalah calon kita yang harus kita dokong dan bantu di sepanjang kempen pilihan raya ini.

Janganlah kita khianati calon kita, jangan kita persendakan dan kita tikam Wan Farid dari belakang... Ketepikan soal peribadi, utamakan kepentingan parti terutamanya dalam keadaan politik UMNO dan BN hari ini.

Selamat berjuang untuk semua.

GELANGGANG BELUM DIBUKA: WAN FARID SUDAH DIFITNAH

Dari blog: Sahabat-Gunung

Wan Farid kaki perempuan. Menyesal aku sokong Wan Farid. Menyesal aku datang ke Kuala Terengganu.

Tak percaya Wan Farid kaki betina, tengok gambar ini. Ini sudah membuktikan betapa ‘berahi’nya dan bernafsunya Wan Farid berkaraoke bersama perempuan ini. Tengoklah, kalau tak percaya....

Tapi inilah lumrah manusia, kata pun nak ‘Membangun Bersama Islam’, ….niat jahat dan PHD :Perasaan Hasad Dengki masih menebal dalam diri kita. Perasaan tak puas hati terhadap satu sama lain, masih tidak mampu kita buangkan jauh dalam diri kita. Wan Farid baru sahaja diumum sebagai calon BN dalam PRK Kuala Terengganu, aku pun dengan semangat berkobar-kobar dah jauh memandu sejauh 430km dari Kota Damansara untuk menyumbangkan tenaga membantu calon BN dalam pilihan raya ini.

Tup-tup, keluar plak pic ini yang terbukti terselit niat jahat dan berprasangka buruk yang bertujuan jahat untuk menjatuhkan dan membuang rasa hormat pengundi terhadap Wan Farid… Seterusnya pasti tidak mengundi Wan Farid dalam Pilihan Raya Kecil nanti.

Siapa wanita tersebut…. Adakah Wan Farid curang. Hakikatnya suasana mendung dan human yang agak lebat di Kuala Terengganu ini tidak mendingin pejuang-pejuang dan musuh-musuh BN dari dalam mahupun luar untuk menabur fitnah dan dakyah palsu untuk memburuk-burukkan calon BN dan UMNO khususnya.

Hakikatnya, aktiviti keluarga yang hakikatnya baik untuk dicontohi bersama menjadi ‘alat’ kepada sestina pihak untuk memburuk-burukkan seseorang, khususnya dalam suasana hangat pilihan raya ini.

Inilah sebenarnya. Nilailah sendiri siapa Wan Farid dan siapa yang JAHAT sebenarnya. Nilailah sendiri, siapa yang jahat sebenarnya?

Wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu malah bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.

"Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri. Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya,".

Wednesday, December 31, 2008

Kejayaan pakatan rakyat pada 2008

Dipetik dari sebuah artikel di Warong-Kopi

Sebelum kita menutup tirai tahun 2008, marilah kita lihat kembali kejayaan-kejayaan Pakatan Rakyat sepanjang tahun 2008, khususnya selepas Pilihanraya Umum 2008.

1. ISU PEMBUKAAN LADANG BABI BESAR-BESARAN: Selangor - Dalang DAP

2. ISU MEMORANDUM BANTAH AZAN DAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN DENGAN KUAT : Selangor - Dalang Teresa & DAP

3. PELAJAR CINA DI TAIWAN BERNAMA NAMEWEE HINA NEGARA & ISLAM : menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube

4. TERESA & GANG MAHU TUKAR PAPAN TANDA JALAN TULISAN JAWI & BAHASA MELAYU DI KL TUKAR DGN TULISAN CINA & INDIA : KL & Selangor - Dalang DAP

5. SEKOLAH PRIVATE CINA DIBERIKAN TANAH 200 EKAR UNTUK DINIAGAKAN BERHARGA JUTAAN RINGGIT: DISAMAKAN KERAJAAN DENGAN MASA BN BAGI TANAH BUKA KOLEJ DARUL RIDZUAN - MENYAMAKAN USAHA MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DENGAN MENDAULATKAN CINA : di Perak- Dalang DAP

6. KAMPUNG BARU (PENEMPATAN BARU ORG CINA WAKTU ZAMAN KOMUNIS) MENDAPAT GERAN UNTUK 999 TAHUN – KAMPUNG MELAYU HANYA 99 TAHUN Mana Hak Melayu??? Usaha Menghakis Hak Melayu! : di Perak - Dalang DAP, PAS hanya boneka.

7. MESYUARAT PUSAT DAP PERTIKAI KEPUTUSAN SULTAN PERAK DALAM LANTIKAN MB… MENCABAR KUASA SULTAN MELAYU : di Perak - Dalang DAP

8. MESYUARAT PUSAT DAP ARAH WAKIL RAKYAT DAP JOHOR TAK PERLU PAKAI SONGKOK & ISTIADAT MELAYU WAKTU MAJLIS ANGKAT SUMPAH... Cabar Sultan & Melayu di Johor - Dalang DAP

9. TERESA BAWA ISU DALAM PARLIMEN TUDUH WANITA CINA KENA HENJUT KECAPI DALAM JAIL – FITNAH RUPANYA WANITA MELAYU : TUJUAN MENJATUHKAN MARUAH MELAYU - Dalang DAP

10. KERAJAAN PERAK TUKAR PENGARAH JAIP TANPA PERKENAN SULTAN & TIMBUL KONFLIK YANG AKHIRNYA PENGARAH JAIP DIKEKALKAN, Cubaan Cabar Sultan & Islam : di Perak - Dalang DAP.

11. DEMONSTRASI HINDRAF TUDUHAN MELAMPAU DAN PENUH FITNAH KE ATAS KERAJAAN DAN ORANG MELAYU KONON KAUM INDIA DISISIHKAN DAN DITINDAS – Dalang DSAI

12. UITM DIBUKA KEPADA TERUTAMA CINA: MELAYU HAKIS HAK MELAYU: Dalang PKR & DAP, DSAI memang bijak memanipulasi isu ini untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh.

13. KAUM CINA PERSOAL BANGSA MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL NEGARA MALAYSIA : Dalam Parlimen - Dalang DAP

14. PAPAN TANDA JALAN PELBAGAI BAHASA DI KAWASAN WARISAN PULAU PINANG - DI PULAU PINANG - Dalang DAP

15. FORUM MEMELUK ISLAM : PERSOALKAN & MEMPERTIKAIAGAMA ISLAM - DALANG MAJLIS PEGUAM

17. FORUM HAK KEISTIMEWAAN MELAYU PERKARA 153 : PERTIKAI HAK KEISTIMEWAAN ORG MELAYU - DALANG MAJLIS PEGUAM

18. TERESA MENYAMAKAN MAKANAN DIBERI POLIS SEPERTI MAKANAN ANJING (ANJING DENGAN SINDIRAN KEPADA PASUKAN POLIS & MELAYU) DALAM SIDANG MEDIA SELEPAS DIBEBASKAN OLEH ISA – NAMUN TAK MENGAKU DAN MENGATAKAN MEDIA PUTAR BELIT : AKHIRNYA MENGAKU TAPI TANPA ADA PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA...

19. Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5 Cina, 3 India dan hanya 1 Melayu. Tak lama lagi, ramailah anak jati Melayu Perak yang akan menganggur kerana polisi pro-DAP kafir harbi ini : Di Perak - Dalang DAP.

20. Penghinaan kepada Mufti Perak dengan menghapuskan tarafnya yang setara dengan exco kerajaan negeri Perak. Ini bagi memastikan mufti tidak ada hak untuk bersuara bagi membela nasib agama Islam : di Perak - Dalang DAP

21. Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan langsung kepada agama Islam yang mewajibkan rezab Masjid/Surau mesti disediakan oleh pemaju perumahan : Strategi meminggirkan melayu & Islam : di Perak - Dalang DAP

22. Menidakkan hak orang Melayu dengan melantik penyokong DAP kafir harbi sebagai Pengerusi Penjawatan Dewan Bandaraya Ipoh. Ini bagi memastikan lebih ramai bukan Melayu pro DAP kafir harbi mendapat tempat : di Perak- Dalang DAP

26. Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa Melayu adakah mereka ini (penyokong pro DAP kafir harbi) boleh dianggap rakyat Malaysia dan layak memohon tanah?, Startegi bagi tanah dimiliki lenih banyak kepada bukan bumi : di Perak- Dalang DAP

27. Kouta Bumiputera dalam permohonan pembalakan dihapuskan bagi memastikan hasil bumi Perak dapat diratah dengan rakusnya oleh penyokong pro-DAP kafir harbi: di Perak - Dalang DAP

28. Mewujudkan jawatan Pengerusi Jabatan bukan Islam supaya setaraf dengan jawatan mufti Perak. Ini bertujuan untuk menyamatarafkan agama Islam dan agama lain di Perak - Dalang DAP

29. Dua ahli Exco Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan sogokan lebih RM123,400. - Dalang PKR

30. Perbalahan diantara MB Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim - PKR) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam - PKR). Manikavasagam yang menyatakan hasrat keluar parti kerana kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat. Dan pada hari ini, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, berkuat kuasa serta-merta.

31. Pertikaian Speaker Selangor (Teng Chang Khim - DAP) dan Anggota Parlimen Klang (Charles Santiago - DAP) juga tak kurang hebatnya. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mencabar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim agar membuktikan Ahli Parlimen DAP itu telah dibeli oleh Barisan Nasional (BN).

32. Kewujudan kumpulan Erdogan dalam PAS bukan setakat mula berani mengkritik kepimpinan ulama tetapi dalam masa sama berusaha membawa PAS menjadi Islam liberal. Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. - Dalang DSAI, PKR.

UNDI DENGAN BIJAK BUKTI PROSES DEMOKRASI TERUS SUBUR DI NEGARA KITA

Pemuda BN Kuala Terengganu sudah mengerakkan jentera ke cawangan-cawangan untuk mula mendekati pengundi khususnya pengundi muda untuk memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kekal milik Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Sabri Alwi berkata, Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu di bawah pimpinan Saudara Badrol Hisham Zaki bersama barisan Jawatankuasanya telah mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersama Pemuda, seperti futsal, badminton dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain yang bertujuan mengikat siratulrahim antara pemuda-pemuda kita di peringkat akar umbi.

“Kita telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama dan sering duduk semeja bagi membincangkan pelbagai penyelesaian masalah. Ini penting bukan sahaja untuk memastikan persefahaman dan kerjasama erat dapat dijalinkan dengan segera di kalangan ahli kita di cawangan, malah menyediakan satu pasukan yang mantap, fizikal dan mental bagi menghadapi serangan dan dakyah pakatan pembangkang dan calon-calon Bebas yang lain.

Dengan momentum ini, kita yakin Pemuda BN sentiasa bersedia untuk kempen pilihan raya yang bermula 6 Januari ini,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu selepas menaikkan Giant Banner Pemuda BN di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN.

Jangan sia-siakan undi kita

Dalam masa yang sama, Sabri menasihatkan para pengundi agar jangan mensia-siakan peluang mengundi dalam memilih calon yang terbaik untuk mewakili penduduk Kuala Terengganu.
“Kita tak nafikan dalam PRU yang lalu, ada segelintir pengundi yang tidak puas hati dan keliru dengan pilihan mereka sehingga membuat undi rosak. Ini adalah satu tindakan yang tidak bijak dan harus ditangani bersama.

Sehubungan dengan itu, Pemuda akan mengerakkan jentera untuk memberikan pemahaman kepada pengundi khususnya pengundi muda agar membuang undi dengan cara yang betul, selain memastikan calon BN akan menjadi pilihan mereka nanti.”

Kempen Pemuda dari “rumah ke rumah” bukan sahaja untuk mendekati pengundi malah melalui pendekatan tersebut, kita dapat menerangkan misi dan visi BN kepada penduduk dan pengundi Kuala Terengganu berbanding `cerita khayalan’ Pas yang selama ini berselindung di sebalik perjuangan Islamnya.

Dalam masa yang sama, Pemuda Kuala Terengganu bukan sahaja telah membina rangkaian bersama pengundi di Kuala Terengganu, malah sedang mengenal pasti pengundi-pengundi muda di luar untuk pulang menunaikan tanggungjawab 17 Januari ini.

Sudah menjadi tanggungjawab, bukan sahaja ahli PAS, malah ahli BN sendiri untuk pulang menunaikan tanggungjawab bukan sahaja dalam pilihan raya kecil ini malah pilihan raya umum sebagai membuktikan bahawa proses demokrasi terus subur di Negara kita ini.

Tuesday, December 30, 2008

TOK MUN HAMPA, TAK BERTANDING


Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, yang mencuri tumpuan pada pilihanraya umum lepas, Maimun Yusof 89, mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Maimun atau dikenali sebagai Tok Mun berkata dia terpaksa melupakan niatnya itu berikutan tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkannya bertanding dalam pilihanraya kecil.

“..Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payah (perlu) bagi ke situ (blog) lagi.....”

Tok Mun turut mempersoalkan di mana wang yang dikutip dari satu laman blog yang diwujudkan bagi membantunya bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihanraya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog itu telah berjaya mengutip RM160,000.

Bagi mengelak namanya dari dipergunakan Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian itu. Pada PRU lalu Tok Mun hanya memperolehi 685 undi.

Sunday, December 28, 2008

Kenali Calon BN



Biodata Dr. Wan Ahmad Farid

Berumur 46 tahun,

anak jati Kuala Terengganu.

Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco Pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.

Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.




Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat - ALFATIHAH

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan."Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan."Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Saturday, December 27, 2008

Sikap Membisu Anwar Dalam Isu Hukum Hudud Dipersoalkan

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mempersoalkan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah cuba bermain politik secara selamat tanpa memberi sebarang ulasan berkenaan pelaksaan hukum hudud.

Jelas beliau pihaknya percaya tindakan itu dibuat dengan harapan isu berkenaan tenggelam begitu sahaja.

"PKR bisu kerana saya fikir dia hanya mahu selamat dengan harapan isu ini akan tenggelam begitu sahaja. Jadi, mereka fikir apabila tidak bercakap dalam soal ini, nanti isu ini pun akan mati begitu sahaja, jadi tidak perlulah mereka membuat pendirian,'' katanya.

Setakat ini hanya DAP sahaja yang dilihat begitu lantang membidas kenyataan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud sementara PKR khususnya Penasihat mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi mampu membuat sebarang kenyataan.

Khairy berkata, hasrat Pas dalam melaksanakan hukum hudud sekiranya mentadbir negara adalah satu dasar yang tidak konsisten memandangkan rakan mereka dalam pakatan pembangkang itu tidak senang dengan cadangan berkenaan.

"Malah hasrat Pas itu hanya akan mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat yang sebelum ini menaruh harapan terhadap kepimpinan pakatan tersebut.

"Kalau ingin mentadbir Kerajaan Pusat, mereka sepatutnya perlu mempunyai dasar yang konsisten dan tidak boleh diubah-ubah kerana perkara ini hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," ujarnya.

Justeru beliau seterusnya percaya hubungan pakatan pembangkang hanya ibarat retak menanti belah berlandaskan senario yang berlaku setelah Pas mahu meneruskan agendanya itu walaupun ditentang keras oleh DAP.

Thursday, December 25, 2008

Kenyataan "U-Turn" Husam, Serlahkan Prinsip "Flip-Flop" Pas

Kenyataan "U-Turn" Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkenaan pelaksanaan hukum hudud tidak sampai 24 jam selepas memberi jaminan di depan penyokong tegar parti itu membuktikan perjuangan "flip-flop" Pas berhubung negara Islam.

Keadaan ini cukup menjelaskan lagi wajah sebenar Pas yang memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi.

Kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.

Ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama. Justeru, tindakan itu sebagai cara berpolitik yang tidak bertanggungjawab.

Politik Pas ikut musim. Sebab itu, kita amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan. Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap.

Dalam program Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang Ahad lalu, Pas memberi jaminan untuk melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan demikian ketika diasak beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang bertanyakan pendirian sebenar Pas berkenaan hukum hudud.

Kenyataan Husam itu telah mengundang perasaan kurang senang rakan pakatannya DAP yang membidas Pas sehingga memaksa Husam mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan Pas terpaksa ditangguhkan walaupun jika menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Wednesday, December 24, 2008

Pas Berkiblatkan DAP Untuk Laksana Hukum Hudud

Pas akhirnya mengakui terpaksa mendapat lampu hijau daripada DAP dan PKR untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas.

Walaupun sebelum ini Pas begitu lantang mengecam UMNO kerana tidak melaksanakan undang-undang berkenaan namun demi kuasa Pas terpaksa tunduk dengan rakan pakatannya.

Ini diakui sendiri Naib presidennya Datuk Husam Musa yang berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut

Pas juga mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

"Mereka kini berkiblatkan DAP dan PKR. Ini hukum Allah swt mengapa perlu minta persetujuan rakan pakatan mereka.

"Jelas Pas sebenarnya hanya menjadi Pak Sanggup. Perjuangan Negara Islam sekadar slogan, bila berdepan dengan DAP, Pas jadi kepala kura-kura".

Demikian menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan, Ustaz Affendi Yusof apabila diminta mengulas kenyataan Pas menerusi Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini dalam program Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang, Pas memberi jaminan untuk melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa depan.

Husam menyatakan demikian ketika diasak beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang bertanyakan pendirian sebenar Pas berkenaan hukum hudud.

Kenyataan Husam itu telah mengundang perasaan kurang senang rakan pakatannya DAP yang membidas Pas sehingga memaksa Husam mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan Pas terpaksa ditangguhkan walaupun jika menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Ustaz Affendi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya berkata dalam hal ini Pas ternyata perlu mendapat restu daripada DAP sebelum boleh laksanakan perintah Allah swt.

"Inilah Pas yang kononnya mendakwa sebagai pejuang Islam tetapi bila berdepan DAP dalam soal prinsip perjuangan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

"Kalau UMNO yang membantah sudah pasti Pas telah mendakwa UMNO sebagai kafir dan membelakangkan perintah Allah swt", ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan semula janji Pas dahulu bahawa biarpun sejengkal bumi diperintah, hukum Allah tetap akan dilaksanakan.

Monday, December 22, 2008

PRK Kuala TerengganuT:Mat Sabu Taruhan Erdogan PAS Lemahkan PAS Terengganu?

Artikel MY-KMU oleh : Maharaja Zhou

Semalam MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kepada Harakahdaily bahawa tidak wujud golongan Erdogan dan Pro-Mubahalah yang menjadikan pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagai medan berpencak silat.

Biasanya, telahan penganalisis politik pembangkang adalah apa sahaja yang pemimpin berkata benar, maksudnya tidak benar.Maka, jika kita aplikasikan kaedah penganalisis politik pembangkang terhadap kata-kata Nik Aziz itu, telahannya ialah benarlah bahawa PAS mempunyai percakaran dalaman yang hebat sekarang ini.

Dalam tidak berkata benar, MB Kelantan itu bercakap benar,PAS di Terengganu yang didominasi golongan Pro-Mubahalah memang tiada masalah.Sekarang yang bermasalah adalah PAS Pusat yang kutub Erdogan dan kutub Pro-Mubahalah saling tolak-menolak. Oleh itu, jika kita bijak membaca mesej si Tuan Guru maka sebenarnya, benarlah PAS menghadapi masalah, dan Datuk Nik Aziz suka tidak suka terpaksa bersenang hati dengan anak-anak buahnya yang sekarang bergocoh.

Mat Sabu tiba-tiba ditunjukkan oleh Datuk Nik Aziz sebagai calon.Penulis secara jujur beranggapan mungkin ia dan mungkin tidak keputusan ini hasil pengaruh hasutan Erdogan. Penulis tidak pasti.Jika benar barangkali,bisikan tuan penasihat 25% yang mempengaruhinya ataupun Nik Abduh yang pernah menghadiahkan kepada bapanya gelaran tokoh di Majlis Jamaah Islah Malaysia (JIM) punya angkara.Ataupun, jika andaikan tiada kong kali kong berlaku seperti anggapan pertama, ia mungkin berasal dari mimpi MB Kelantan itu berasaskan Mat Sabu pernah menjadi calon di Kuala Terengganu.

Tetapi, tudingan memilih calon ini peliknya menjadi "top to bottom".Bukankah apabila Kedah berhasrat hendak membela babi, Tuan Guru tidak mahu masuk campur.Tetapi apabila memilih calon kepada negeri seorang Tuan Guru yang lain, pantas pula komen Tuan Guru.Keputusan ini haruslah dibuat oleh Datuk Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.Namun, disebabkan Mustafa Ali faham konsep wala' yang menjadi dosa besar orang PAS menentang pimpinan yang lebih besar darinya walaupun dengan berkata "Ah",maka didiamkan sahaja keceluparan Mursyidul Am PAS tersebut.

Bagi penulis, Mat Sabu sebenarnya adalah penampan kepada Pro-Mubahalah.Mat Sabu bukan Erdogan. Tetapi, reaksi dan caranya ketika ini adalah pro-Erdogan.Mat Sabu dituduh sebagai Syiah dan menjadi payung Syiah dalam PAS.Sikap orang Syiah yang lurus bendul adalah merodok apa sahaja yang dinamakan "establishment". Padahal Dinasti Safawiyyah,Fatimiyyah dan Shah Iran yang Syiah itu adalah establishment.Jadi, jikalau apa sahaja yang dikatakan pro kepada UMNO maka dengan cepat sekali orang yang anti-establishment itu akan menyondol tanpa mengira siapa yang di belakang aksi sondolan itu.

Sebenarnya, jikalau Mat Sabu dipilih sebagai calon, ini akan memalukan Datuk Mustafa Ali yang Pro-Mubahalah.Golongan yang celupar ini menggelarkan Pro-Mubahalah sebagai Fraksi UMNO dalam PAS.Tuduhan ini tidak tepat, masakan Datuk Mustafa Ali yang mengarahkan PAS masuk campur ke dalam kampus selepas Anwar masuk UMNO itu adalah UMNO?Masakan Datuk Harun Taib yang marah kepada jemaah dalam jemaah itu dan menulis kitab khusus tentang hal itu adalah UMNO?Mereka ini jikalau dikelar urat sendi mereka tentulah darah hijau yang akan mengalir.

Golongan Erdogan PAS ini berharap benar agar Dr Syed Azman dicalonkan.Tetapi, ia mungkin disambut dengan upacara langkah mayat oleh Haji Hadi Awang dan Mustafa Ali dahulu.Namun, jika tiada rotan, akar pun jadi, oleh itu lebih afdhal bagi Mat Sabu untuk menjadi calon dari calon-calon Pro-Mubahalah.Antara nama yang dikatakan dari pihak Pro-Mubahalah adalah Datuk Mustaffa Ali sendiri dan Datuk Wan Mutalib Embong.

Jikalau puak Erdogan berjaya mencaturkan calon pilihanraya kali ini maka ini akan memalukan PAS Terengganu yang merupakan benteng kepada golongan PAS tulen.PAS Terengganu suka ataupun tidak terpaksa menyokong calon yang ditunjuk Pusat.Jika mereka memboikotnya maka kekalahan ini akan digunakan oleh puak Erdogan sebagai peluru untuk menembak golongan Pro-Mubahalah terutamanya PAS Terengganu.

Jika calon tunjukkan Erdogan ini menang, ia akan menambahkan pengaruh Erdogan di dalam PAS.Oleh itu, Mat Sabu merupakan calon terbaik Erdogan untuk mengalihkan mata Pro-Mubahalah dari memandang Dr Syed Azman. PAS Terengganu perlu melakukan sesuatu kerana agen propaganda PAS,Harakah dikuasai Erdogan dan Malaysiakini juga lebih mewatakhitamkan Pro-Mubahalah dari Erdogan.(Malaysiakini mewarwarkan Syed Azman sebagai calon PAS di KT)

Justeru, PAS Terengganu perlu berani bersuara untuk memastikan tangan-tangan Erdogan yang diterajui JIM dalam PAS agar tidak menjadi seperti tidak lebih sudu dari kuah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Oleh itu, penulis menyimpulkan, krisis dalaman PAS ini melemahkan nadi PAS untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan ini meletakkan PAS dalam keadaan yang berat dan sukar.

Sunday, December 21, 2008

Beri Mandat Pada BN Teruskan Perancangan Allahyarham Datuk Razali

Pemuda Barisan Nasional berharap rakyat Terengganu khususnya pengundi di Parlimen Kuala Terengganu terus memberikan mandat kepada wakil rakyat BN pada pilihan raya kecil Parlimen berkenaan 17 Januari depan.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, mandat itu perlu untuk memastikan segala usaha dan perancangan yang telah dirintis oleh wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Razali Ismail dapat diteruskan.

Serentak itu beliau turut mengumumkan jentera pergerakan itu akan turun padang dengan membabitkan seluruh Pemuda parti-parti komponen yang lain dalam usaha memastikan kerusi tersebut dapat dipertahankan.

"Kita akan pastikan penglibatan setiap parti komponen akan dirasai. Dan gerakan kita kelak adalah gerakan yang menggambarkan gerak kerja BN walaupun seperti diketahui umum kerusi berkenaan akan ditandingi calon daripada UMNO.

Dalam pilihan raya itu nanti, kita akan memberikan peranan yang lebih kepada jentera tempatan, manakala jentera Pemuda BN di peringkat pusat akan memainkan peranan sokongan untuk memastikan segala persiapan jentera tempatan itu berjalan lancar", katanya.

Khairy seterusnya berkata memandangkan BN mempunyai jangka masa yang agak panjang sebelum penamaan calon, proses pengenalan untuk para pengundi Kuala Terengganu akan dimulakan. "Kita akan merangka pelbagai strategi dan pendekatan untuk memastikan sokongan pengundi kepada calon BN. Tentunya kita tak akan dedahkan strategi kita sepenuhnya, yang penting kita sudah bermula," ujarnya.

Saturday, December 20, 2008

"Keluargaku Ahli UMNO"

Satu program bercirikan Keluargaku Ahli UMNO akan dilancarkan bagi mendekatkan parti dengan golongan muda sekaligus menarik sokongan mereka untuk membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kuala Terengganu.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Sabri Alwi memberitahu program tersebut akan dilancarkan dalam masa terdekat ini oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Jelas beliau program khas ini akan memberi tumpuan lebih kepada golongan muda dan rakan sebaya mereka dengan fokus kepada aktiviti sukan dan permotoran.

"Ini adalah di antara pendekatan kita kerana sokongan lebih 20,000 pengundi muda bakal menjadi penentu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

"Kita yakin dengan gerak kerja yang telah kita lakukan sebelum ini di samping pendekatan yang dibuat kerajaan negeri, pengundi khususnya golongan muda akan bersama dengan kita", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program mengagihkan bendera BN sebagai tanda bermula gerak kerja yang diadakan di Bilik Gerakan UMNO Kuala Ibai baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan 500 helai bendera BN kepada setiap ketua cawangan dalam kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Menurutnya, penyerahan bendera ini merupakan simbolik supaya ahli-ahli Pemuda UMNO bekerja keras memastikan kemenangan BN pada 17 Januari nanti.

"Kerja keras itu ialah daripada segi menarik undi golongan muda serta memasang bendera di seluruh kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita mahu supaya bendera berkenaan dipasang di tempat strategik sepanjang kempen nanti tanpa mengabaikan keselamatan orang awam", ujarnya.

Pada masa yang sama beliau juga yakin seluruh jentera akan bergerak secara bersepadu dan memberi sokongan penuh kepada siapa jua yang akan dipilih pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti.

Friday, December 19, 2008

Perjuangan "Flip-Flop" Pas

Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara.

Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas.

Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu.

Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu.
Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia (hak istimewa orang Melayu) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi.

Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".
Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain.
Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Selamat Berjuang

Assalammualaikum...

Selamat berjuang buat semua petugas-petugas jentera parti-parti yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P36-Parlimen Kuala Terengganu.

Semoga kita matang dalam perjuangan kita. Insya-Allah.