Pemuda Barisan Nasional berharap rakyat Terengganu khususnya pengundi di Parlimen Kuala Terengganu terus memberikan mandat kepada wakil rakyat BN pada pilihan raya kecil Parlimen berkenaan 17 Januari depan.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, mandat itu perlu untuk memastikan segala usaha dan perancangan yang telah dirintis oleh wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Razali Ismail dapat diteruskan.
Serentak itu beliau turut mengumumkan jentera pergerakan itu akan turun padang dengan membabitkan seluruh Pemuda parti-parti komponen yang lain dalam usaha memastikan kerusi tersebut dapat dipertahankan.
"Kita akan pastikan penglibatan setiap parti komponen akan dirasai. Dan gerakan kita kelak adalah gerakan yang menggambarkan gerak kerja BN walaupun seperti diketahui umum kerusi berkenaan akan ditandingi calon daripada UMNO.
Dalam pilihan raya itu nanti, kita akan memberikan peranan yang lebih kepada jentera tempatan, manakala jentera Pemuda BN di peringkat pusat akan memainkan peranan sokongan untuk memastikan segala persiapan jentera tempatan itu berjalan lancar", katanya.
Khairy seterusnya berkata memandangkan BN mempunyai jangka masa yang agak panjang sebelum penamaan calon, proses pengenalan untuk para pengundi Kuala Terengganu akan dimulakan. "Kita akan merangka pelbagai strategi dan pendekatan untuk memastikan sokongan pengundi kepada calon BN. Tentunya kita tak akan dedahkan strategi kita sepenuhnya, yang penting kita sudah bermula," ujarnya.

No comments:
Post a Comment