Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, yang mencuri tumpuan pada pilihanraya umum lepas, Maimun Yusof 89, mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Maimun atau dikenali sebagai Tok Mun berkata dia terpaksa melupakan niatnya itu berikutan tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkannya bertanding dalam pilihanraya kecil.
“..Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payah (perlu) bagi ke situ (blog) lagi.....”
Tok Mun turut mempersoalkan di mana wang yang dikutip dari satu laman blog yang diwujudkan bagi membantunya bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihanraya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog itu telah berjaya mengutip RM160,000.
Bagi mengelak namanya dari dipergunakan Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian itu. Pada PRU lalu Tok Mun hanya memperolehi 685 undi.
No comments:
Post a Comment