Wednesday, December 24, 2008

Pas Berkiblatkan DAP Untuk Laksana Hukum Hudud

Pas akhirnya mengakui terpaksa mendapat lampu hijau daripada DAP dan PKR untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas.

Walaupun sebelum ini Pas begitu lantang mengecam UMNO kerana tidak melaksanakan undang-undang berkenaan namun demi kuasa Pas terpaksa tunduk dengan rakan pakatannya.

Ini diakui sendiri Naib presidennya Datuk Husam Musa yang berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut

Pas juga mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

"Mereka kini berkiblatkan DAP dan PKR. Ini hukum Allah swt mengapa perlu minta persetujuan rakan pakatan mereka.

"Jelas Pas sebenarnya hanya menjadi Pak Sanggup. Perjuangan Negara Islam sekadar slogan, bila berdepan dengan DAP, Pas jadi kepala kura-kura".

Demikian menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kelantan, Ustaz Affendi Yusof apabila diminta mengulas kenyataan Pas menerusi Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini dalam program Wacana Transformasi Politik Negara di Balai Islam Lundang, Pas memberi jaminan untuk melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa depan.

Husam menyatakan demikian ketika diasak beberapa kali oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang bertanyakan pendirian sebenar Pas berkenaan hukum hudud.

Kenyataan Husam itu telah mengundang perasaan kurang senang rakan pakatannya DAP yang membidas Pas sehingga memaksa Husam mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan Pas terpaksa ditangguhkan walaupun jika menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Ustaz Affendi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya berkata dalam hal ini Pas ternyata perlu mendapat restu daripada DAP sebelum boleh laksanakan perintah Allah swt.

"Inilah Pas yang kononnya mendakwa sebagai pejuang Islam tetapi bila berdepan DAP dalam soal prinsip perjuangan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

"Kalau UMNO yang membantah sudah pasti Pas telah mendakwa UMNO sebagai kafir dan membelakangkan perintah Allah swt", ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan semula janji Pas dahulu bahawa biarpun sejengkal bumi diperintah, hukum Allah tetap akan dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment